Sejarah Dan Penamaan Bulan Jumadil Akhir

JUMADJamadil Akhir (جمادي الآخر / جمادي الثاني)

Jamadil Akhir adalah bulan ke-6 di dalam kalendar Islam (Takwim Hijrah). Jamadil Akhir adalah musim sejuk yang kedua, di mana bulan ini menandakan pengakhir musim dingin yang telah bermula sejak bulan Jamadil Awal dan bakal berakhir pada bulan ini juga (Jamadil Akhir). Bulan kedua musim sejuk ini merupakan musim kering dan beku yang lebih dingin daripada bulan sebelumnya.

Pengertian

Jamadil Akhir (Jamada al-Akhir) membawa pengertian pengakhiran musim sejuk dan dingin. Dari segi bahasa, ‘Jumad’ bermaksud kering atau beku dan ‘Akhir’ berarti pengakhiran atau penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian karena dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu mengalami akhir musim sejuk yang begitu dingin dan terjadi kekeringan air atau kebekuan bekalan air. Pada ketika itu semua parit, telaga, sungai dan lembah lebih menyejuk, menjadi kering (mengeras) dan beku.

Pada penghujung musim ini, air yang pada mulanya membeku telah berakhir dan berangsur-angsur menjadi cair. Namun demikian, salju-salju atau air yang sebahagiannya beku masih lagi terdapat merata di sana-sini yang menjadi suatu pemandangan biasa ketika itu.

Sejarah Penamaan Bulan Jamadil Akhir Dan Takwim Hijrah

Bulan pada tahun Hijrah bermula dengan Muharam dan tahun Masehi bermula dengan Januari pada asalnya. Nama Muharam diberikan orang Arab terdahulu kerana di dalamnya dilarang peperangan selepas pelaksanaan haji pada Zulhijjah. Sedangkan Januari adalah nama tuhan perang orang Romawi.

Jika diperhatikan sejarah penamaan bulan dalam tradisi Masehi dan Hijriah dan tahun lain kita dapati semuanya menggunakan bulan sebagai asal perkiraan masa. Pada mulanya bulan pada tahun Masihi hanya 10 berawal dari Januari hingga Disember yang bermakna hanya 10 bulan saja. Mereka menambah Januari dan Februari ke dalam ‘Ystemr’ karena pada dua bulan itu tidak ada kegiatan kehidupan bermakna dan bulan berkenaan adalah musim sejuk.

Januari dan Februari adalah musim dingin (jumad atau “beku”) sehingga orang Arab menamakannya Jamadil-Awwal dan Jamadil-Akhir. Ada lima bulan (Rabi’ul Awal, Rabi’ul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir dan Ramadhan) yang namanya ditetapkan mengikut keadaan musim yang berlaku di bulan tersebut.

Bulan pada Hijrah dari awal berjumlah 12 seperti diajarkan Nabi Syits dengan ketetapan Allah SWT. Ketika orang Arab terdahulu hendak menamakan bulan, mereka sepakat awal tahun dimulakan selepas selesainya pelaksanaan haji pada Zulhijjah supaya mudah diingati kerana ibadah itu adalah penyatuan bangsa Arab yang mengikuti ajaran Nabi Ibrahim AS.

Sejarah Permulaan Kalendar Hijriah

Kalendar Qamariah yang mereka kenal sejak zaman dahulu, sama dengan kalendar Qamariah yang berlaku ketika ini. Dalam satu tahun, ada dua belas bulan dan awal bulan ditentukan mengikut terbitnya hilal (bulan sabit pertama).

Allah SWT menghiasi kehidupan alam ini dan menetapkan kejadian langit dan bumi dengan 12 bulan sebagaimana Firman-Nya:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ﴿٣٦

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah, semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya 4 bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah, sesungguhnya Allah bersama orang yang bertaqwa.”  (QS at-Taubah; ayat 36)

Perbedaan Nama Bulan Pada Kalendar Qamariah

Sejak dahulu, sebelum datangnya Islam, Bangsa Arab telah menggunakan tahun Qamariah. Hanya tidak semua masyarakat jahiliah di seluruh Semenanjung Arab sepakat dalam menentukan kalendar tertentu, sehingga pentarikhan mereka berbeda-beda. Meskipun begitu, mereka mengenali kalendar Qamariah dan mereka menggunakan konsep ini untuk membuat pentarikhan bagi suku mereka masing-masing.

Dalam kalendar Kaum Tsamud sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Azdi, Jamadil Akhir dikenali sebagai ‘Hawbar’. Pada kalendar sebelum kedatangan Islam, daripada riwayat Al-Mas’udi ia dikenali dengan nama ‘Amnah’. Dan daripada riwayat  Al-Bairuni pula, Jamadil Akhir dinamakan ‘Zuba’.

Peristiwa-Peristiwa Penting  Dan Bersejarah Di Bulan Jamadil Akhir

Ramai yang memandang sepi bulan ini karena tidak banyak fadhilah di dalamnya, namun, terdapat banyak peristiwa-peristiwa besar dan penting yang berlaku di dalam bulan ini sehingga ada sejarawan berkata : “Ajaib bagi segala yang ajaib itu ialah antara Jamadi yang dua dan Rajab.”

Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah:

1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun dan telah dimakamkan bersebelahan makam Rasulullah s.a.w. Ketika hidup, beliau merupakan pemuda terawal yang menerima dakwah dan membenarkan kerasulan Baginda s.a.w. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai akhlaq yang mulia dan sanggup menginfaqkan seluruh harta dan kemewahannya pada jalan Allah sehingga tidak meninggalkan sebarang harta ketika matinya. Sebelum kematiannya, beliau telah melantik Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah Islam yang kedua menggantikan tempatnya.

2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.

3. Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentara Muslimin sebanyak 45,000 orang yang menghadapi tentara Romawi (Byzantin) sebanyak 240,000 orang. Di dalam peperangan ini telah menyaksikan separuh tentara Romawi telah mati dan sebanyak lebih kurang 3,000 orang tentara Muslimin syahid di medan perang. Bagaimanapun tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Romawi yang begitu banyak.

 

Sumber : https://shafiqolbu.wordpress.com/ed

 

(Visited 396 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published.